Catatan Kembara Annapurna Base Camp

This piece was written eons ago and remained unpublished, so in the interest of those who are going to ABC in 2018, here it is. It is in Malay though and the tone is formal, unlike my typical posts. But the gist is: teamwork will get you through. Go for it!  

“Resham firiri Resham firiri

Udera jaun ki dada ma vanjyang

Resham firiri”

Setiap langkah perjalanan kami, 25 sekawan disulami dengan lagu rakyat Nepal: Resham Firiri. Lagu yang bertemakan cinta kepada alam ini, dinyanyikan oleh pemandu arah dan porter-porter yang tidak pernah lekang dengan senyuman, walaupun mereka perlu menggalas barang-barang peribadi kami yang mencecah 8kg setiap orang. Dengan lagu-lagu, gelak tawa dan kata-kata semangat dari rakan-rakan seperjuangan, kesemuanya berjaya menawan Annapurna Base Camp (ABC) dengan ketinggian 4,130 meter.

Permandangan daripada bas ke Pokhara

The scenery of paddy fields will rob you from your sleep (not that you will never have enough during 9 hour bus trip from Kathmandu to Pokhara!)

Annapurna dalam bahasa Nepal bererti Dewi Hasil Tuaian. Ianya terletak Di Banjaran Himalaya,di wilayah utara Nepal. Daerah ini adalah rumah kepada gunung-gunung Annapurna dan salah satunya  merupakan gunung yang paling merbahaya didunia : Annapurna I (Ketinggian: 8101m). Kecantikan dan keagungan ciptaan Tuhan di banjaran Annapurna merupakan salah satu daya tarikan utama kepada pendaki-pendaki dari seluruh dunia.

Kembara kami dimulai dari Pokhara, syurga barang “outdoor” di Nepal. Duduk dalam bas yang sempit, tiada terasa kepayahannya kerana semangat juang yang tinggi dan perasaan positif yang kami ada untuk memulakan pendakian. Ketika bas menaiki kawasan pedalaman dari Birenthi ke Nayapul, masing-masing mula mengeluarkan kamera kerana bentuk muka bumi mulai bertukar daripada lembah batu kelabu ke pemandangan bukit bukau yang menghijau. Jujur kami katakan, gerun rasanya apabila pemandu bas merempit dijalan sehala yang tidak bertar, dengan gaung di kiri kanan. Namum dengan izin Tuhan kami sampai ke drop-off point dan memulakan trek ke kampung Gandhruk.

Rutin Harian

Rutin kami setiap pagi adalah senaman untuk memanaskan dan merenggangkan badan, sorakan kata-kata semangat secara berkumpulan dan bacaan doa. Setiap kali aktiviti ini akan diketuai oleh pendaki yang berlainan, dengan tujuan membina keyakinan dan merapatkan hubungan sesama sendiri. Maklumlah, kami semua datangnya daripada latar belakang yang berlainan dan kebanyakannya bertemu pada kali pertama dalam ekspidisi ini.Ada sahaja insiden insiden lucu yang berlaku terutama sekali semasa senaman. Dengan rutin positif ini, kami mengorak langkah mendaki atau menuruni trek dengan berkobar-kobar setiap hari. Pada malam hari, ketua-ketua kami, Fakhrul, Amirul dan Atik dari Pakatan Berjalan akan memberi taklimat tentang apa yang boleh dijangka untuk trekking keesokan harinya. Serta setiap malam taraf oxygen dalam badan kami akan diperiksa untuk memastikan kami selesa untuk mendaki.

Sungai masih kering dalam April

The dried up riverbed

Trekking Ke Bamboo

Stairs galore

Gandhruk – Chomrong – Bamboo

Dalam masa beberapa hari pendakian, kami merentasi keadaan muka bumi yang berteraskan kawasan pertanian, dengan perlahan bertukar kepada hutan pain dan kemudiannya human pokok buluh. Permandangan yang indah menenangkan semangat kami menuruni cerun yang berliku -liku dan agak memacak. Terdapat beberapa jambatan gantung, namun kebanyakkannya kami perlu menaiki tangga tangga batu atau cerun menaik yang rasanya tidak berkesudahan.

Satu antara Jambatan Gantung

One of many suspension bridges you’ll cross

Lembu Woi!

Ada satu insiden yang mencuit hati dan akan diabadikan dalam kenangan kami sampai bila-bila. Hujan mulai lebat ketika kami berada dalam 1 jam dari pada Kampung Chomrong, tempat tinggal kami pada malam itu. Dalam cuaca yang basah dan waktu menghampiri senja, ada 7 orang diantara kami bergegas menyusuri kawasan penternakan, dimana sekumpulan lembu menghalang pergerakan kami. Kami agak panik, kerana makin banyak lembu meyertai kumpulan itu. Bahkan, ada beberapa lembu jantan mula berlaga-laga menggunakan tanduk mereka Di hadapan kami. Tiada ruang bagi kami untuk mencelah diantara lembu-lembu itu. Dengusan lembu-lembu yang mahu bergaduh membuatkan kami mula memanggil pemandu arah, Kishaap.

giphy

The stories we told our comrades about our encounter with the rowdy cows. Source: Warner Bros

Kelakarnya kami juga mula memanggil “Didi!Didi!” kerana kami mendengar suara wanita-wanita tua di rumah yang berhampiran. Dalam usaha Kishaap menghalau lembu-lembu tersebut, dua ekor lembu jantan tadi bertindak mengejar seorang rakan kami dihadapan yang sedang merakam kejadian tersebut. Lintang pukang rakan kami dibuatnya! Alhamdulillah kami berjaya melepasi halangan yang tidak diundang ini dan meneruskan perjalanan dengan selamat.

giphy run

What actually happened. Source: Giphy

Bamboo ke Duereli – Episod Hypothermia

Seronok main hujan ais batu

Our giddiness of having ice cream hail for the first time

Antara risiko yang dihadapi oleh pendaki dipergunungan tinggi (2500m ke atas) ialah AMS (Acute Mountain Sickness) dan hypothermia dengan cuaca yang kadang kalanya hujan lebat secara mendadak, bersalji dan sejuk. Salah seorang daripada rakan kami mengalami hypothermia selesai sampai ke checkpoint Duereli. Dia mengigil, mukanya pucat dan suhu badannya meningkat secara mendadak. Ada seorang doktor dikalangan kami memberi rawatan, disamping teman-teman yang begitu komited menjaganya dengan menyelimutkannya dengan emergency blanket, lapisan parka yang tebal, menyediakan air milo panas, urutan dan seperti di Chomrong, kami membuat lawak-lawak yang menceriakan suasana. Alhamdullillah, she is indeed a fighter dan dia dapat meneruskan pendakian keesokan harinya.

Tempat bermalam di Deurali

For trekkers like us, it really feels like ShangriLa

Makan malam dan sesi memanaskan badan

Chow time ( with fellow trekkers from Thailand)

Duereli ke ABC

Hari yang terpenting dalam ekspedisi ini telah tiba. Ketua kami telah memberi taklimat tentang strategi untuk melewati kawasan paling bahaya dalam trek ABC, di mana kebarangkalian untuk ditimpa avalanche adalah tinggi. Kami bergerak dengan pantas, berbekalkan dengan doa dan azam untuk menjejakkan kaki ke ABC dengan selamat. Kelihatan puncak Machapucchre, Annapurna IV makin hampir, permandangan makin lama makin berubah menjadi sesuatu yang begitu menajubkan. Udara dikala ini semakin menipis dan langkah langkah kami perlu diperlahankan untuk membiasakan badan kami dengan altitude yang tinggi.

Machanpucherre Base Camp hentian akhir sebelum ke ABC

Setelah berehat makan tengahari di Machapucchre Base Camp, kami bergerak ke Annapurna BaseCamp  (ABC). Dugaan di trek terakhir ini adalah cuaca yang bertukar secara mendadak ke kabus tebal, simptom simptom AMS yang mula muncul seperti sesak nafas, kelesuan, mengantuk dan pening kepala. Masing-masing cuba memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. Dengan izin Tuhan, kesemua ahli ekspedisi berjaya sampai ke ABC. Kami merayakan kejayaan dengan rakaman foto, video dan mengibarkan bendera Malaysia dan negeri masing-masing.

Gaya sopan

What we send to our parents

Gaya bebas

What we send to our friends, gf/bf, or crushes

Selamat Tinggal ABC!

Hati kami begitu berat untuk meninggalkan ABC yang begitu indah. Boleh dikatakan perasaan melihat matahari terbit diufuk banjaran Annapurna adalah suatu detik yang tidak dapat dilupakan. Peluang untuk merakamkan keindahan suasana ini digunakan sebaik mungkin. Dengan langkah yang agak berat, kami bertolak menuruni cerun dipinggir  sungai yang masih beku dan sekali sekala berpaling ke belakang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ABC.

Trek yang panjang

Dengan bermalam di Bamboo, kami bergerak turun ke Jhinu dengan melalui trek yang sama ke Chomrong. Di Jhinu, kami mengambil peluang berendam di kolam air panas semulajadi yang berhampiran dan makan malam dengan lauk istimewa yang disediakan oleh ketua kami dan penganjur.

Garisan penamat

Kami masih boleh melihat puncak Annapurna I dari Jhinu (ketinggian 1780m). Setelah sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan menuju pick-up point. Bentuk muka bumi menjadi makin familiar. Kadang-kala kami singgah diperhentian kecil untuk melepaskan lelah dan bermesra dengan masyarakat tempatan. Kami lihat masyarakat di sini bersungguh-sungguh bercucuk tanam dan menternak haiwan seperti kambing dan lembu. Ketika kami menyusuri kebun-kebun jagung dan kubis, ada anak-anak comel yang datang dan meminta cokelat dengan sopan daripada kami. Kami dengan senang hati memberikan bekalan cokelat yang ada.

Setelah 4 jam trek, kami tiba di jalan batu dan melihat bas sudah menunggu kami. Ada yang begitu gembira dan berlari kegarisan penamat. Kami mengucapkan penghargaan kepada kumpulan porter yang gigih melayan kami dan mengangkut beg-beg kami sepanjang ekspedisi. Sesungguhnya layanan masyarakat Nepal kepada pendaki seperti kami begitu baik dan mengharukan.

Kawan Baru dari Estonia

Apa yang penting? Kerjasama!

Dalam perjalanan balik ke Pokhara, masing-masing begitu keletihan dan kebanyakannya mengambil peluang untuk tidur. Ada yang nakal merakamkan cara rakan-rakan yang tidur. Apa yang penting, kesemuanya balik dengan selamat, berjaya menawan Annapurna Base Camp dan membawa seribu satu kenangan pahit dan manis sepanjang ekspedisi. Yang lebih menarik, dengan pengalaman susah senang bersama, kami menjadi lebih rapat seperti adik-beradik. Dengan kecekalan hati, taraf fitness yang baik, persiapan dan semangat kerjasama yang tinggi sesiapa pun boleh menakluki ABC.

Puncak Machapuchere yang menggamit

Sayonara! This is the most enigmatic view I have ever encountered: Macchapuchhere (Fishtail Mountain). And talking about photo/video I lost track who took video/photo here so comrades please let me know if any of these belong to you so I can credit you accordingly 😀

One Comment Add yours

  1. Dielakeai says:

    Seronoknya k.nanisss 😘 i wish i can be like u ☺️

    Like

Leave a comment